MHR Development at 4 years 6 months

This is the Mommy again 🤩

As a SAHM, I have the opportunity to see first hand every single development of our little boy. So I thought it will be meaningful if I write ’em down for our own keepsake and for Hafiz when he can read in the future.

In about 3 weeks Hafiz will turn 4 years 6 months. He can’t read yet but has recognized some letters symbols and sound. The best part is that he can recognize the beginning sound of some words. Like the other day, when we’re about to rub Vicks on his chest, he said “Vvv, Vvv, Vicks” wohooo it’s a happy moment for me! It’s not the first time but every single time he manage to sound the letter I will be over the moon! Because God knows how long it took for us to introduce the beginning sound to him. Almost a year I suppose, pheww.

Also he’s not keen to do math. We didn’t pass the Number Rods yet, still stuck at 1,2,3. Not sure whether it’s the material, location, they way I present and invite or he’s just not interested in it yet. However, couple of nights ago, he suddenly picked Spindle Box and asked me to teach him. Hahaha, so impromptu and I need to say that it was 11pm already 😂😂😂

Nevermind. So he put the spindle sticks in each box according to the number. Of course with my help. And then he realised..

“Oo dia makin sini makin banyak”

🤩🤩🤩

He’s referring to number 9 has more spindle sticks than 5. It’s a realization! In learning we call it Magic Moment. It’s important because you reach at the point of understanding something. And that understanding is opening the door to more learning opportunities.

Hafiz also, as I see it, very good with his emotional control.

When he’s afraid, or angry, he’ll go to his ‘cave’ haha it’s a tent. It’s like his safe and comfort zone where he’s alone resolving his feeling, I suppose. When he’s angry with Mommy or Baba, he’ll cry first (sometimes he doesn’t) then he’ll talk to us, expressing why he’s angry. I think that’s a good behaviour. Communicating feelings, especially anger. Instead of throwing tantrum, he’ll come and say

“Mommy, yang tu kalau cakap/buat, not good girl”

“Baba, kalau cakap macamtu not good boy”

Meaning what we did or said that made him angry is not a good things to do or say, hahahaha.

Not only angry, sometimes when he’s sad or happy, he’ll verbalize it. “I’m happy” “I’m sad”..

In terms of house chores and daily activities..he can, independently;

1- Use the toilet properly

2- Brush teeth, take bath (except shampooing still need my help) and make soap bubble

3- Wash hands and mouth, wash dishes (altho not everytime haha)

4- Take drinking water, self help for snacks

5- Flip pancake/wrap/roti canai

6- Use kid size jam spreader and blunt knife

7- Pour water to small cup without spill

8- Have his own preference

9- Pack his clothes for travel

10- Use scissors

11- Draw orang lidi in his own version ( we never taught how to draw orang lidi )

12- Draw his very cute jellyfish (that’ the first other thing we saw him draw apart form orang lidi)

13- Naik basikal 3 roda

14- Vaccuuming

15- Loooove to read books

Other things that are noticeable too:

1- Not cry anymore when we say “Harini cucuk ubat” and during the ‘cucuk ubat’ session itself

2- Senang makan ubat

3- Immediately act when we ask for help

4- Watch TV at the set limit (1 hour per day), sometimes even less

And Hafiz current interest are:

1- Cars (I think this interest is evergreen haha)

2- Dinosaur

3- Animals (ladybird, butterfly, frogs)

That’s all I think. Shall update when I remember one thing or two 😅

Regression?

Masa hujung bulan 8, dalam sebulan lepas Hafiz operate, Mommy perasan perangai dia lain. Lain tu macam…nampak dia jadi budak kecil. Maksudnya perangai dia lebih kurang sama macam perangai dia masa umur 2 tahun. Suka menangis dan merengek, asyik la nak Mommy padahal masa ni dia dah pandai independent play. Kuat crancky lah senang cerita. Kadang tu nampak dia merangkak nak pergi mana-mana. Dia tak jalan, dia merangkak. My motherly instinct said this is weird. Tapi time tu macam fikir, maybe sebab dia dah nak masuk 4 tahun so perangai dia berubah? I don’t know, I don’t have any idea on what’s happening.

Sampailah Allah izin satu hari tu, scroll Facebook, terbaca post Ticer Ina tentang anak dia kena regression.

Regression tu adalah, seorang anak tu dia tiba-tiba berubah sikap ke belakang. Maksudnya dia patah balik dari milestone yang dia dah capai. Macam Hafiz dah boleh berjalan elok ni tiba-tiba dia nak merangkak. Bukan sekali, dia berlaku berkali-kali. Dan terus teringat yang I wrote in my journal Hafiz punya perangai macam budak umur 2 tahun. Dan macam anak Ticer Ina jugak, Hafiz punya stress pun dah affect dia punya sensory. Dia jadi penakut balik nak pergi mana-mana sorang-sorang (dalam rumah je), takut gelap, tutup telinga dengar bunyi kuat sikit macam blender, etc.

Regress ni puncanya stress. I was like, apa yang stress kan Hafiz? Then it crossed my mind.. THE OPERATION 😭😭😭

Menangis bila tahu sebab kita ingat dah discharge dan dah berminggu berlalu, ingat tak ada apa. Rupanya it affects him, psychologically? Huhuhuu. Betullah, I was also once put on operation table. Semua yang berlaku masatu tetaplah masih segar dalam ingatan. Trauma bersalin czer tu masih terasa apalagi untuk anak kecil ni.

Dari dia sihat elok, tiba-tiba sakit sana-sini, tak bebas bergerak, duduk di hospital lama, diikuti pulak dengan kena cucuk ubat 3 kali seminggu. Proses tu pula adalah sesuatu yang dia tak suka. Awal dulu setiap kali nak masuk ubat, Hafiz akan menangis. Baba kena pegang dia. Kalau kita orang dewasa, kena paksa, di push untuk buat sesuatu yang kita tak suka saban minggu, of course kita pun akan stress. No wonder our little boy regressed.

According to Ticer Ina, nak rawat regress ni adalah melalui play and bonding. So memang Mommy bagi Hafiz main macam-macam. A deep meaning of play. Bagi ruang dia concentrate dalam dunia dia. At times dia memang suka Mommy main sekali, ok kita main sekali. And also Mommy kurangkan TV dia. Selalu sebab Mommy nak buat kerja, Mommy bagi diskaun tengok TV lama sikit, kadang lebih sejam. Tapi this time, memang cukup sejam, or offer main terus instead of TV.

Alhamdulillah tak lama la dalam 2 minggu lepastu takde dah episod menangis merengek merangkak tu.

If you are a mother or father reading this, know that there’re plenty reasons your kids can get stressed. Kita orang dewasa kadang tak perasan but there’s always signs yang kita boleh nampak kalau kita observe mereka. I would recommend this Ticer Ina’s post about regression, hoping that it might help you, in case you needed it.

Operation Chemo port Insertion & Circumcision (Part 3/3)

29/7/2020

Pagi pun menjelma. Hafiz bangun awal dalam pukul 7. Bengkak muka dia sebab semalam menangis banyak sangat. Harini dia boleh senyum, lega Mommy tengok.

Doktor buat round pukul 8 lebih. Dr Vindhu kata nak puasakan lagi Hafiz sampai tengah hari nak tengok muntah lagi ke tidak. Haaa berhujah lah Mommy cakap anak saya dah lapar sangat ni doktor, menangis je dia. Lagipun dah lebih 12 jam dia tak muntah.

Dr Vindhu pun discuss sikit dengan Dr MO yang jaga Hafiz sepanjang malam. Then Dr Vindhu cakap ok Mommy boleh try bagi makan tapi sikit-sikit dulu. Yeayyyy. I was so excited sebab Hafiz dah boleh makan. Eh tapi nak bagi apa? Makanan pagi bihun goreng dengan air milo. Mommy bagi air milo jelah sikit. Takkan nak bagi bihun goreng. Makanan kita kirim dekat Baba je nanti huhu.

Pukul 10 lebih Baba sampai. Baba bawa nestum, milo, roti, donut, macam-macam lagi. Thank you Baba! Then lepastu Baba suruh Mommy balik hotel rehat. Baba jaga Hafiz. Baba ada check in hotel dekat dengan HKL untuk senang ulang.

Petang tu bius operation dah wear off. Hafiz dah start rasa sakit dekat tempat sunat. Bila kencing dia menangis taknak cebok. Doktor ada bagi saline untuk buat cebok, supaya tempat tu clean dan tak terkena jangkitan kuman.

Petang tu juga dapat pindah wad depan balik. Bilik tu ada 2 katil je. Lebih privacy lagi-lagi katil sebelah tak ada patient.

Duduklah kami di situ selama seminggu lebih. Raya Haji pun disitu juga. Awal-awal ni isunya lebih pada Hafiz sakit dekat tempat sunat. Masa nak cebok dia, dia punya jerit taknak cebok tu, sampai merah muka dia menangis tak bagi. Ditepis tangan sampai terlepanting bekas saline tu. Huhu, Mommy tahan sabar jelah. Nak marah tak boleh, dia tengah sakit. Lepastu kitorang just lap je. Celup tisu dengan saline, then lap. Kurang lah sikit trauma nya.


Hari makin hari, Hafiz makin selesa. Dia dah bangun main. Setiap hari Baba datang nak gilir dengan Mommy, Baba akan bawa something untuk Hafiz. Buku cerita..stickers..mainan..makanan kegemaran. Semua untuk buat Hafiz happy 🥲 Thank you very much Baba. You did a lot for our little family, far more than is mentioned here ❤️

Bila isu sunat dah nak makin settle, maka bermulalah isu utama, iaitu chemoport. Untuk discharge, Dr Zulaiha beri 3 options:

1- Kekalkan jarum chemo port. Parents masuk ubat through tube yang sambung ke jarum tu sahaja. Setiap bulan datang hospital untuk flush dan tukar jarum.

2- Datang hospital setiap kali nak masuk faktor. In Hafiz’s case, 3 kali seminggu.

3- Parents belajar cucuk sendiri dekat chemo port.

Tak lama Baba and Mommy ambil keputusan untuk go for Option #3. Option #1 agak sukar untuk Hafiz yang banyak bergerak dan penjagaannya macam lebih leceh. Option #2 lagilahhh mustahil huhu. Siapa yang biasa kena pergi hospital tahu lah berapa lama masa kena spend dekat sana.

5/8/2020

Kami 3 beranak dipanggil turun ke Daycare untuk Mommy dan Baba belajar teknik masuk ubat guna chemo port. Hafiz dibawa naik wheelchair. Seronok pula dia sebab first time kena tolak naik wheel chair.

Di Daycare, Nurse Huda ajar satu persatu teknik bermula dengan cara cuci tangan dengan betul. Ada 6 step kesemuanya.

Lepastu kami diajar untuk prepare the sterile field. Cara buka set, cara letak barang dalam set dan cara tuang liquid dalam set.

Kemudian kami belajar cara bancuh ubat faktor. Ubat yang Hafiz guna ni, Octanate, nak bancuh dia rumit sikit. Sebab jarum terpacak-pacak. Masa mula-mula bancuh tu menggigil tangan Mommy nak cucuk jarum ke botol. Belum cucuk Hafiz lagi 😅

Last sekali baru belajar nak cucuk ke chemo port. Kena cuci dengan steriprep dulu chemo port area tu, hampar plastik sterile to extend the sterile field then nak kena maintain barang-barang supaya kekal dalam sterile field.

I think nak poke masuk dekat Hafiz tu tak susah. Sebab just aim bahagian tengah je. The hardest part is Hafiz menangis dan bergerak taknak kena cucuk. The chemo port tu sendiri bergerak bawah kulit so bila Hafiz pun bergerak, Mommy jadi cuak 😅

Tapi Alhamdulillah ‘Ala Kulli Hal, proses belajar tu mudah. Doktor pun kata memang mudah je nak cucuk chemo port, cuma nak kena jaga betul-betul (maintain sterile) untuk elak infection.

Later that day, Hafiz pun dibenarkan discharge. With a plan that Mommy dan Hafiz perlu datang lagi 2 kali ke Daycare untuk doktor dan nurse nak observe Mommy cucuk Hafiz macam mana.

Maka baliklah kami semua ke hotel petang tu. Hafiz nampak happy sangat. Baba dah belikan seluar dalam sunat untuk dia so lajulah dia berjalan ke sana sini 😂 Syukur dah boleh keluar tapi tak boleh nak syok sangat sebab sebenarnya perjalanan dengan chemo port ni baru je bermula!

Operation Chemo Port Insertion & Circumcision (Part 2/3)

Part ni khas untuk apa yang berlaku 24 jam selepas Hafiz keluar dari OT.

Pukul 1 lebih nurse panggil parents Hafiz sebab dia dah sedar, tapi sorang je boleh masuk. So Mommy masuk.

Lepas sarung baju biru yang tak tau apa namanya tu, dengan cap, Mommy terus pergi ke Recovery Bay. Berdebar juga fikir macam mana la keadaan Hafiz nanti. Dari jauh dah nampak Hafiz dah duduk menangis sambil nak bangun dan tolak-tolak tangan nurse. Tak tahu nak explain macam mana. Macam restless la. Nurse 2 orang tenangkan dia. Tak expect pula Hafiz akan bangun sebab ingat dia akan terbaring lemah macam abang Ilman dulu (as told by Ilman’s mother, my sister).

Sampai je dekat Hafiz first Mommy tengok tempat sunat dia. Ayoo macam tu ke rupanya lepas sunat. Sakitnya nampak 😥

Hafiz bila dia nampak Mommy lagi kuat dia nangis. Terus dia terpa Mommy nak hug. Mommy pun gelabah eh mana nak pegang ni. Dada kanan ada chemoport needle, sambung dengan tiub. Tangan kiri ada line, lepastu baru lepas sunat. Leher ada satu lagi luka masuk tiub. Banyak luka kat badan dia huhu kesiannyaaaa.

“Mommy, sakit Mommy, sakit, tolonglaa”
“Mommy jangan la cucuk dekat situ (penis dia), sakitt”

Huhu, sedihnya tengok. Dia macam terkejut and confuse sangat kenapa badan dia especially penis dia sakit sangat 😭 Dia ingat doktor cucuk jarum dekat situ sebab tu sakit.

Tapi sebab bius masih ada time tu, dia nangis tak berapa lama pastu tertidur balik. Try la nak cover sikit bahagian kaki sebab bilik tu sejuk kot. Tapi bila kain tersentuh sunat dia, dia terkejut pastu nangis balik. Tersentuh sikitttt je pun dia boleh terkejut menangis. Nangis bersungguh betul. Tak pernah tengok dia menangis teruk macamtu 😭

Pukul 2 lebih dapat naik wad. Sampai wad dia nangisss je. Air mata dok meleleh cakap sakit, sakit. Muka dia sayu jelas nampak tengah tahan sakit. Huhu kesian sangat. Rasa bersalah sebab rasa kita punca dia suffer macam tu. Sebab kita yang buat decision untuk pasang chemoport DAN sunat sekali. If tau dia akan suffer macamni, tangguh dulu sunat pun takpe. Settle satu2 huhuuu 😭😭😭

Around pukul 3 Hafiz kata haus. Doktor dah benarkan makan dan minum tapi sikit-sikit dulu. Mommy turun beli air, Hafiz kata nak air sarsi. Hafiz minum sikit je air sarsi dan air kosong. Ada la dalam 2 3 teguk je. Dia tak lalu.

Tak lama lepastu pukul 3 lebih Hafiz muntah. Banyak keluar air warna hitam. Tak sempat tadah habis basah kain dengan lapik. Mula-mula ingat dia muntah balik air sarsi tu. Tapi bila fikir balik dia minum sikit je air sarsi tu tadi. So yang keluar warna hitam ni air apa?

Post operation. Consultant Hafiz, Dr Zulaiha plan untuk masuk faktor Novo setiap 2 jam untuk 24 jam pertama. Pukul 4.50 petang doktor datang masukkan Novo. Pukul 5 lebih Hafiz muntah lagi. Kalini muntah dia nampak kurang sikit dari yang tadi TAPI…ada fresh blood keluar dari mulut dia! Alamak kenapa ada darah ni 😩 Terkejut Mommy dengan Baba tengok! Cepat-cepat Mommy pergi bagitahu misi dan misi pergi cari doktor. Tak lama lepastu ramai doktor datang. Dah tak kenal dah apa level doktor yang datang ni. Yang tahu, Dr Vindhu ketua wad 9D dengan doktor MO yang masuk Novo tadi. Dengan Dr Ooi, laju dia sampai padahal dia dekat level lain tadi.

Diorang bincang2 sesama diorang. Call Dr Zulaiha tanya macam mana. Then mereka inform kata perlu pindahkan Hafiz ke Acute Bed depan Nurse Station, untuk pemantauan yang lebih dekat dan rapi.

Pindahlah kami ke sana. Dapat katil betul-betul depan kaunter nurse. Mommy dengan Baba masa ni taktau nak kata rasa apa dah. Bercampur baur. Pesakit Hemofilia ni, bila terjadi pendarahan, itu adalah sesuatu yang serius. Apatah lagi kalau pendarahan dalaman. Memang kitorang risau habis fikir kenapa ni? Kenapa ada darah? Kan masuk Novo kerap? Kenapa ada darah lagi? Soalan yang sampai harini tak ada jawapan…

Lewat petang, Baba order makanan. Baru perasan kitorang tak makan lagi dari pagi. Baba belikan sekali air tembikai favourite Hafiz. Kot jap lagi Hafiz dah boleh makan. Lepastu Baba kena balik sebab sorang je parents boleh teman.

Pukul 8 malam masuk Novo lagi. Pukul 8.15 muntah lagi! Ada darah lagi! Tarik nafas Mommy tengok. Tapi walaupun muntah lagi, Mommy lega sikit sebab kuantiti muntah makin sikit, dan darah yang keluar sekali pun makin berkurangan.

Dr Ooi ada datang lagi lepastu. Huhu lambat Dr Ooi balik. Dr Ooi kata muntah ni sebab..quote jelah Dr cakap apa: “Bila operation, bius tu akan put the body under pressure. So mungkin perut dia pressure juga. Sebab tu muntah”

Hmm..okay. Dr Zulaiha kata just maintain Novo 2 hourly dan Tranexamic Acid. Yelah Novo paling kerap pun memang 2 jam, takleh kurang lagi.

Disebabkan muntah tu, Dr MO yang incharge ward malam tu pun minta Mommy puasakan Hafiz lagi. Sebab diorang risau kalau bagi makan nanti perut lagi aggresif dan akan muntah banyak lagi.

Aduhh berat hati sebenarnya sebab dah lama dah Hafiz puasa. As of that time, Hafiz dah puasa 20 jam dah. Huhuuu.

Pukul 8 lebih Apish dah start kata lapar. Nangis dia mintak nak makan.

“Mommy..lapar..tolongla pleasela Yayan lapar..” 😩😩😩

Suara dia merayu-rayu. Lama dia nangis sebut lapar..lapar.. Kesian sangat Hafiz huuu. Mommy boleh pujuk je bagitahu Hafiz tak boleh makan lagi, nanti muntah lagi.
Mommy mati kutu. I was so tired, alone and helpless. Wad yang bising buat Mommy tenggelam dalam emosi nak asingkan diri. Terduduk jelah Mommy sebelah Hafiz, pegang tangan dia sambil air mata sendiri meleleh sebab terlampau kesian.

Self-blaming game went strong at that time. Why I agreed to do this. I passed down this disease to him. I made him suffer like this. I really hate myself at that time 😭😭😭

Tak lama lepastu, Allah tunjuk jalan. Mak dari katil depan datang bagi pinjam buku MommyHana yang boleh tekan keluar lagu. Mak tu kata kesian dengar Hafiz menangis, dia pun naik sedih sebab anak dia pun pernah macamtu dulu. Tak berhenti Mommy terima kasih dekat Mak tu. Syukurrr sangat. Rasa macam ada terbuka pintu cahaya. Hafiz dapat buku tu dia pun berhenti menangis. It’s something new to him so dia sangat interested dan lupa dah dia lapar. Alhamdulillah! 😢😢😢

Pukul 10 malam doktor datang masuk faktor lagi. Doktor pujuk cakap Hafiz tidur ye..esok pagi Hafiz bangun insyaAllah boleh makan. Pandai doktor tu pujuk, lembut je dia cakap. Tak lama lepastu lampu wad ditutup, Mommy sembang-sembang sikit dengan Hafiz dan dia pun tidur..

Tapi malam tu, Mommy yang tak dapat tidur sangat. Sebab tu area tu ada 4 katil. Gilir-gilir budak menangis. Patient katil sebelah menangis adelah dalam 3-4 jam. Baby lagi. Nak marah and rasa annoyed pun, ayah baby tu pun pening nak pujuk anak dia tidur. Lagi satu katil acute ni dekat dengan Bilik Rawatan. Situ lagilahhh budak masuk memang akan nangis. Dah tak boleh kira berapa kali terkejut dengan budak jerit. Hafiz ada juga terkejut tapi dia just minta hug je lepastu dia tidur balik.

Pukul 4 pagi Hafiz tersedar. Dah segar dah dia. Sambil baring dia panggil Mommy dan tunjuk-tunjuk ke arah makanan dan air tembikai. “Yayan lapar…” huhu sorry sangat Yayan, Mommy tak boleh bagi lagi makan. Mommy just lap bibir Hafiz dengan air kosong. Bagi minum 1 penutup botol kecil je. Pukul 4.30 doktor datang masuk ubat, dan pujuk Hafiz tidur balik. Alhamdulillah he’s such a good boy, tak lama lepastu dia tidur semula. Or maybe sebenarnya dia dah tak larat menangis lagi…

😪
😪
😪
😪
😪
😪

Operation Chemo Port Insertion & Circumcision (Part 1/3)

Akhirnya selepas 3 kali tukar tarikh, sampailah turn Hafiz Rayyan warded untuk operation pasang chemoport dan sunat (circumcision).

Tarikh operation 28/7/2020 hari Selasa so kena masuk wad sehari sebelum untuk doktor-doktor review dulu.

27/7/2020 Isnin

Pukul 11 lebih dah sampai hospital. Tapi pukul 2 lebih baru dapat katil sebab tunggu orang sebelumnya discharge dulu. Maka secara rasmi bermula lah Hafiz Rayyan berkampung di Wad 9D, Hospital Tunku Azizah atau dikenali juga sebagai Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur, sambil Baba dan Mommy gilir-gilir teman.

Petang tu seorang demi seorang doktor dari jabatan yang terlibat dengan operation esok hari datang jumpa.

  1. Hematology
    Ni memang doktor yang incharge Haemophilia. Dr Ooi, MO yang bertugas masatu datang brief serba sedikit pasal operation dan inform yang Dr Zulaiha dah plan untuk Faktor Novo7 lepas operation nanti. Dr Ooi juga akan masuk OT sama Hafiz Rayyan nanti.
  2. Anaesthesia
    Doktor cek Hafiz Rayyan physically okay tak, ada demam, batuk, selesema tak. Penting dia kena cek tu sebab kalau ada, ia akan ganggu proses bagi bius nanti. Then doktor brief pasal:

    Cara bius: Diorang akan guna gas yang masuk ikut mulut tu (taktau nama) atau kalau dah set line (branula) kat tangan, diorang masuk kat situ je then bila dah tak sedar baru continue guna gas.
    Kesan bius: Berbeza ikut orang tapi kebiasaannya akan rasa loya, pening dan muntah. Boleh terjadi up to 24 hours post surgery.
    Puasa: 6 jam sebelum operation kena berhenti makan dah. Tapi air kosong masih boleh bagi sampai 2 jam sebelum operation. In Hafiz Rayyan’s case, OT schedule turn nombor 4 (last sekali untuk slot angio) which will be around 11 a.m. so last makan pukul 5 pagi dan last minum pukul 9 pagi.

    Then one of the parent kena sign consent letter. Since Mommy yang akan teman masuk OT esok, jadi Mommy yang sign.
  3. Surgery
    Surgery inform yang mereka akan buat circumcision, cek again fizikal Hafiz Rayyan. Dada, tempat sunat. Dan mereka bagitau proses masuk chemo port akan dibuat oleh team Angio. Angio akan guna teknik ultrasound untuk masukkan chemoport dan tube nanti. New technique dan lebih moden katanya.
    Tapi later petang tu doktor datang balik beritahu yang tak jadi buat guna teknik tu, mereka akan buat guna open surgery biasa dan team Surgery yang akan buat. Sebab sekiranya berlaku pendarahan, Nauzubillah, team Surgery lebih arif untuk handle.
    Then kena sign consent letter lagi.
  4. Angiography
    Angio ni datang sebab asalnya, as mentioned above, kata nak masukkan chemoport guna teknik ultrasound tu etc etc.

28/7/2020 Selasa

Today is the day! Hafiz Rayyan Mommy biar dia bangun lewat sikit. Sebab takut tunggu lama nanti dia lapar nak makan, kan dah kena puasa.

Around 10 a.m. nurse datang bagi baju ward untuk tukar. Uish awal la pulak, target dalam tengah hari camtu masuk OT. Baba pun tak datang lagi nih. Tapi siapkan jelah Hafiz Rayyan. Kejut dia bangun, cakap dah kena get ready untuk operation. Alhamdulillah dia cooperative, bangun tak nangis, terus tukar baju.

Mommy dukung turun OT dekat level 5. Taktau nak kata perasaan apa masa tu. Worried, berdebar..Tengah OTW tu Hafiz Rayyan tanya,

“Kita nak pergi mana ni Mommy?”

“Pergi operate”

“Ooo”

Lepastu sengih-sengih. Poor little boy he didn’t know what he will face afterwards..

Sampai depan OT, nurse OT bagi Mommy pakai baju sarung warna biru dengan penutup kepala dan selipar untuk Mommy dan Hafiz Rayyan pakai dalam area OT tu. Taktau la nak describe tempat tu macam mana. Gambar pun tak sempat ambil, everything happened so fast. Lagipun tak boleh ambil gambar and video pun dekat situ.

Masuk dalam tu ada Recovery Bay belah kanan, ada banyak katil bersusun dekat situ. Lepastu ada ruang menunggu macam sudut main kecil tema budak-budak. Dan straight dari masuk tu ada 1 bilik, ada 1 katil kat tengah-tengah bilik tu. Rasa macam OT tapi kenapa pintu dia biar terbuka je? Bukan semua dalam tu kena sterile ke (pengaruh tengok banyak drama medic). Dalam 15 minit tunggu dan sembang-sembang dengan doktor, Mommy and Hafiz Rayyan pun dipanggil masuk ke bilik tadi tu.

Hafiz Rayyan didudukkan atas katil tu then anaest mula masukkan bius. Sebelum tu ada nurse double confirm kan nama anak, procedure yang nak buat dan sahkan tandatangan sendiri.

Anaest tu friendly dia bagi Hafiz Rayyan tolak sendiri syringe bius. Cute je tengok. Doktor tu kata tu first time dia jumpa patient biuskan diri sendiri :’D

Tak lama lepas masuk bius, dalam 3 saat macam tu terus Hafiz Rayyan lentok. Terus doktor-doktor baringkan dia dan continue bagi bius gas. Bius yang masuk kat tangan tu tahan 7 minit je. Lepastu diorang suruh Mommy cium Hafiz Rayyan dan Mommy terus kena keluar…

Welcome!

Assalamualaikum semua!

Hello everyone!

Welcome to my site! 😀

Dekat sini Baba dan Mommy akan cerita pasal kisah Hafiz Rayyan membesar sebagai seorang penghidap Haemophilia A Severe.

Dan selit-selit cerita tentang aktiviti yang Hafiz Rayyan buat di rumah dan tempat-tempat best yang kami semua pergi.

Ok itu je untuk first entry. Nanti datang sini lagi baca cerita Hafiz Rayyan okayy 😉

Create your website with WordPress.com
Get started